Thursday, December 29, 2011

Keropok

Keropok ni sedap. Nanti boleh beli lagi lain kali. Note that bebeh.
Lantaklah gambar blur. Dah lewat malam. Tak larat nak amik pic lagi sekali.

Wednesday, December 28, 2011

Perasan sekejap.

Dulu saya rasa saya macam model. hahahahaha ( tengah bosan tak ada kerja pergi berangan pulak )
Gambar last year. One year can make people change a lot. hehehe

I'm lazy and i know it

Baju dah tak ada nak pakai baru kelam kabut nak buat laundry. Bukan jauh mana pun washing machine tuh. Bilik bukan tingkat atas sekali pun nak malas2. Ground floor kot. Satu level dengan bilik basuh tuh. Lepas dah memotivasikan diri barulah ada semangat rajin sikit nak buat laundry. Bile dah buat laundry kene plak lipat baju. Kumpul semangat bukan main lama lagi siap bole tengok satu movie lagi. Move your fat ass Sharifah Amalina. Lipat baju tuh!
Kesian bakul laundry sampai nak koyak dah hold baju budak pemalas ni.


Ohh baju2.

Don't judge the ice cream by its wrapping

Satu hari yang indah, saya pergi ke Airport Frankfurt bersama Wan untuk menghantar Ihsan, adik Wan pulang ke Malaysia. Kami sampai agak awal. Flight lebih kurang 4 jam lagi if i'm not mistaken. Then mulalah gatal cari makanan. Pusing punye pusing ktorg lepaklah kat satu kedai dessert ni. Then korek2 ape yang ada. Jumpe ice cream hello kitty. Ohh cutenya!! Lepas tuh tangan mulelah nak gatal beli ice cream tuh. Last2 tak sedap! Yekkk!! Last2 yang jadi mangsa Wan. Paksa dia habiskan ice cream tuh. Hahaha. So moral of the story, don't judge the ice cream by its wrapping.

Tuesday, December 27, 2011

Gelagat abah

Ahmad punye basikal rosak. Maka dia pun demandlah basikal baru. Lagipun kire hadiah sunat and hadiah birthday walaupun dah kasi hadiah dah. Anak yang nak basikal, abahnya pulak yang beria2 test.
Test 1

Test 2

Hahaha. Abah ohh abah. Macam budak2! Wait! Kalah budak2.


Ohh sos cili!

Nak dapat sos cili yang pedas and sedap macam kat Malaysia dahlah susah. Bile dah dapat selumber je aku guna macam minum sos. Dahlah bukan mak aku yang kirim. Mak orang lain yang bawakkan. Sedap2 aku je lenjan. Baru dapat hari sabtu dah nak habis. Baru 4 hari kot.
Bukti:
 Penat2 dorang bawak dari dubai. Hehehe. Sorry!!!

Monday, December 26, 2011

Boxing Day

26 December. Boxing day. Satu hari selepas Christmas Day. Kenapa dorang panggil Boxing day? Sebab harini hari dorang buang semua kotak2 hadiah yang dorang dapat semalam. Well as usual disebabkan harini Boxing day so sume kedai closed. And as usual saya memerapkan diri jelah dalam bilik. hehe. Nasib baik harini rajin sikit. Menu untuk harini.
Mintak maaf gambar a bit blur. Sebab time ni makanan still berasap lagi. hehe

Cara baru nak sejukkan nasi himpit dengan pantas dan efisien.
Letak luar tingkap! hahaha.


Sunday, December 25, 2011

Makanan orang pemalas 2

Dinner. Perut lapar. Malas nak masak. Korek2 peti ais jumpe kentang ni. ada dua je. So bakarlah. hehe
Dalam dia inti mayonnaise and cheese. Sedap. Makanan favorite wan. Haha. Sorry curi.

Lepas makan tuh perut still lapar lagi. Korek2 almari makanan. Jumpe mee macam mee maggie wan gatal beli harituh. So buatlah sendiri maggie tomyam. Baru kenyang. hehe


Makanan orang pemalas

Malas nak masak. Gune nasi lebihan semalam je. 

Saturday, December 24, 2011

Friday, December 23, 2011

Hadiah untuk family :)

Harituh balik mengejut. So tak sempat nak beli ape2 pun. Sekarang ni mak wan datang sini tengok wan. So bolelah kirim barang kasi kat family. Sebab dorang suke coklat then saya belilah coklat.

Kirim ni je. Sebab kirim banyak2 takut susahkan orang pulak. hehe. Okaylah kan ni.

Tadi masa beli coklat ni tangan gatal nak beli oren. Sekali beli masam gile okay oren tuh. Note to myself : Jangan ingat semua benda comel2 ni manis. Salah okay. SALAH.

Oren yang MASAM!


Rindu zaman sekolah :'(

Sedar tak sedar dah 20 tahun dah hidup (haritu lupe umur berapa pergi tanya wan baru sedar dah 20. Ingat baru 19. hehehe). Sedar tak sedar lagi beberapa hari je nak langkah ke 2012. Tambah lagi satu angka dekat umur. Sedar tak sedar dah 3 tahun dah tinggalkan sekolah. Rindu? Mestilah. Zaman sekolah tulah zaman paling best. Kawan ramai, rapat and gile pun gile jugak. Makan pun free and HALAL of course. Belajar belajar jugak tapi enjoy je lebih. Serius rindu. Dah lama tak pergi ke sekolah. Teringin nak pergi lagi teringin nak makan nasi lemak telur goreng dekat cafe time orang tengah sibuk riadah dengan Epin, Ziza, Anisah and Iylia. Aku rindu korang kot!! Kite dah janji kan kite akan reunion balik 5 years after dah habis sekolah? So hopefully dapat jumpe korang time 2013 or earlier than that. Miss you guys :'(



Wednesday, December 21, 2011

Ketika saya balik Malaysia September lepas.

For your information, last September saya balik Malaysia. Bukan sebab homesick ke ape. Sebabnya saya tak ada rumah lagi time tuh. Nak masuk rumah bulan 10 baru bole. So dengan terpaksanya (chewah) saya pun balik lah Malaysia sorang2. Kesian. Haha. Tapi saya enjoy balik Malaysia. Macam2 saya makan. Antaranya :

Wajik durian.

Air kelapa.

Roti John.

Sate

Sup urat keting.

Tauhu bakar (yummy!)

Roti jala kuah durian. hehe

Lala goreng pedas.

Ketam masak lemak

Siput sedut

And buah nona.

Balik rumah memang best. Hehe. Dapat makan macam2. Rumah memang heaven!










Makanan sampingan.

Disebabkan saya study dekat negara yang makanan manisnya murah maka saya terjebak makan benda2 manis ni. hehehe. Tapi tak elok tau makan banyak sangat.

Peneman masa buat Math. hehe.

Peneman masa tengok movie. Saya tak suke sangat yang ni. Sebab manis gile. Tak bagus tak bagus.

Saya lagi prefer yang ni. Dua hari je dah habis. hehe.

Percubaan first nak buat roti bakar gune oven sebab tak ada toaster. Terbakar habis roti saya. Tak bole nak dimakan. Last2 buang je. Bazir bazir.



Study!

Satu malam yang indah saya menjadi seorang yang rajin. Saya study chemistry. hehe. Dah beli buku mahal2 kenelah baca. If not membazir je. hehe.

Tuesday, December 20, 2011

Budak excited jatuh sakit.

Akibat lupe diri semalam saya jatuh sakit harini. Macam nak demam. Tu lah sape suruh main galak sangat. Padan mukelah cik Kiah oi!
Tapi takpe. Bangun pagi tengok tingkap keadaan sama macam semalam. hehe. 
Ni overview dari tingkap bilik saya.
Putih putih putih.

Putih lagi.

To epin : Sabar ye cik kak. Nanti bile aku dah ada masa and dah sihat aku buat snowman untuk ko. hehehe.

Benda putih bernama salji.

Saya jakun. Saya peduli ape orang nak cakap ape. haha. Hari2 saya tunggu akhirnya sampai jugak salji kat tempat saya. Happy? Of course. hehe.
Gambar2 budak jakun

On the way gi kelas. 

Balik kelas. Main baling2 salji. padan muke mangsa saya. By the way, payung saya dah RIP. Kesian.

Baru pandang kamera. hehe

Okaylah. Tuh je entri kali ni. Malas nak type panjang2. Penat. Adois!



Monday, December 19, 2011

Bilik saya di Esslingen am Neckar.

Saya seorang pelajar. Maka dengan itu saya duduklah hostel yang serba sederhana. Tapi saya boleh duduk untuk 4 semester je. Lepas tuh saya kene kick out dari sini. Maka saya kenelah mencari rumah. hadoyyy. MALAS TAU!

Overview bilik saya

Ini kitchen saya. Masuk bilik saya terus nampak my cute little kitchen ni. Yang colour orange tuh pintu masuk ye adik2.

Ni rak kasut saya (beli dari ikea sebab pihak hostel tak provide). As you can see the orange door is the entrance and kat situ lah saya letak kasut saya berdepan dengan dapur saya. Maka sebab itulah periuk ada kat situ sebab tak muat nak letak kat kitchen. hehehe

Ini almari saya. Kemas kan? Nampak saya banyak coat. Saya suke beli coat. hehehe.

Katil saya yang kecik. Karpet tuh saya beli jugak dari ikea sebab pihak hostel tak sediakan. Actually sume carpet saya kene beli sendiri. Bantal pun sama. Meja kecik tuh pun sama. Nasiblah ikea kat sini murah.

Itulah meja saya belajar dan beronggeng. hehe. Meja and kerusi hostel provide. Tapi yang lain tuh sume saya beli sendiri termasuklah lampu meja and kusyen kerusi sebab sakit bontot yaww duduk lama2 kat kerusi macam tuh.

Pintu masuk ke toilet.

Toilet hijau saya. selain dari jamban, sinki, cermin and pipe tuh sume barang hak milik saya. sekian.

Tempat saya membersihkan diri. 
Note : Saya tak suke shower jenis curtain ni. Tak selesa yaww.

So macam tulah rupa bilik saya. Kecik tapi selesa. Cukup untuk saya. :)








Barang-barang ( Tak ada motif )

*sila nyanyi seperti lagu doraemon*
Ada seorang budak,
Yang sangat suka shopping, 
Tapi masih berpada-pada,
lalalala..
Siapakah budak itu?
Anak encik Jalil.
lalalala
Siapakah budak itu?
Sharifah Amalina.

kasut buruk. 
Harga : 30++euros.
Kualiti : rendah 
Tapak : Licin. Tak bagus.
Keselesaan : Sejuk. tak sesuai pakai time winter or autumn.

Kasut style. ehehehe
Harga : 140euros
Kualiti : Sangat Bagus. Kalis air.
Tapak : Sangat grip sampai tak bole nak angkat kaki.(tipu)
Keselesaan : Sangat selesa. Ada wool lining. Sangat warm so sesuai utk winter.

Koleksi Charles & Keith saya. Sume orang kasi sebab saya tak mampu nak beli ehehehe. Satu kakak bagi ( blue colour ) sebab saya mintak. Satu lagi Sofee bagi sebab dia baik hati. hehehe.

Koleksi Armani Exchange saya. Sume beli sendiri sebab tak ada sape nak belanja saya. Kirim kawan yang kenal kat BTN untuk belikan sebab Armani Exchange tak ada delivery worldwide ( hampeh ). Kesudahannya harga post lagi mahal dari harga bag sebab kawan saya hantar guna Fed Ex. T_T 
Maka melayanglah duit saya. Mengalir seperti air. huhuhu.

Last sekali rantai saya ni. Saya pau dari Ahmad Ridzwan. hehehe. Maka dia kenelah belikan. Ada swarovski lagi. hehe. Thank you Gedik!